Semangat 2 : PENYERU KEBAIKAN banyak MUSUH
Sedikit Perkongsian... 'ORANG BAIK' ITU BANYAK TEMAN, TETAPI 'PENYERU KEBAIKAN' AKAN BANYAK MUSUH Imam Ibnu Qudamah pernah ditanya, "Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)?" Beliau menjawab: الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره. 1. Orang Baik (Solih), melakukan kebaikan untuk dirinya, sedangkan Penyeru Kebaikan (Musleh) mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan untuk orang lain. الصالح تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس 2. Orang Baik, dicintai manusia, Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia. Beliau ditanya lagi oleh muridnya, "Kenapa demikian?" Jawabnya: الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه لأنه صالح *** Rasulullah saw sebelum diutus sebagai Rasul, beliau dicintai oleh kaumnya kerana beliau adalah orang baik. ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون Namun ketika Allah ta'ala mengutus nya sebagai Penyeru Kebaikan, kaum nya terus memusuhinya deng...