Pencerahan 1 : Ciri - ciri Jemaah Islam
Manakah ciri2 jemaah Islam?
Iaitu yang bertunjangkan:
1. Al-Quran
2. Al-Hadis
3. Ijma
4. Qias
3. Ijma
4. Qias
Inilah 4 perkara utama yang perlu diambik kira dalam mengenal pasti akan sesuatu jemaah Islam itu. Jika hanya Quran dan Hadis semata, kemudian datang perkara2 yg BARU maka bagaimana pula menghukumnya, maka itulah dtgnya pula QIAS & IJIMA' para ulama bagi melerai dan menghuraikan masalah2 tersebut melalui ILMU-ILMU yg tetap bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis Nabi SAW.
Jemaah Islam ini harus ada pimpinannya yang bertaut & bertalian atau yg biasa disebut bersilsilah dgn ulama-ulama warasatul anbia sehingga sampai kepada para sahabat2 Rasul SAW dan sampai kembali kepada Nabi saw supaya ILMU & AMAL yang diterima dan di praktiskan itu zahir keberkatannya dan di terima oleh Allah SWT.
JANGAN sekadar berjemaah semata2 utk berpolitik atau mencari untung duniawi yg hanya nampak untung di dunia dan rugi diakhirat. Carilah jemaah yang ada di dalamnya membawa ILMU-ILMU yang ada FADHAIL AMAL dan yang dari ATHAR para sahabat supaya zahir beberapa kelebihan & kekuatan di dunia dan di akhirat.
Tinggalkanlah mana2 jemaah yg sentiasa menyesatkan dan menghukumkan atau membida'ahkan sesama Islam. Jemaah seperti ini pekerjaan mereka bukan menyatukan umat Melayu Islam tetapi memecahkan penyatuan umat Melayu Islam dengan ideologi dan pahaman yang pelik2 ciptaan AQAL & NAFSU mereka.
Nak jadi muslim dan mukmin wajib kena berjemaah kerana Islam itu tak boleh buat sorang2, kene berjemaah - mcm solat Jumaat berjemaah atau solat fardhu berjemaah.
Berada dalam suatu JEMAAH ISLAM itu adalah menjadi suatu KEWAJIPAN. Maka memilih jemaah Islam juga perlu diperhatikan baik2 supaya tidak tersalah pilih. Syarat jemaah yg nak dipilih itu mestilah :
AHLI SUNNAH WAL JEMAAH
Ahli sunnah wal jemaah ini pula terbahagi kepada:
1. Mazhab Tauhid atau Usuluddin
2. Sifat 20
3. Makrifat
3. Makrifat
iaitu ada 2 :
1. Mazhab Abu Hasan Al-Asy'ari iaitu AL-ASY'ARIAH.
Abu Hasan Al-Asya'ari ini ialah anak kepada Abu Musa Al-Asy'ari iaitu seorang sahabat Rasulullah.
2. Mazhab Abu Mansoor Al-Maturidi
Mereka ini sempat berguru dengan para sahabat Rasulullah saw dan tabbiin. Mereka adalah ULAMA SALAF iaitu golongan yang disebutkan oleh Nabi Muhamad SAW 3 ZAMAN TERBAIK. Dan merekalah yang menyusun semula tentang Ilmu Tauhid dari AQAIDUL IMAN atau AQAID2 KEIMANAN termasuklah perkara RUKUN IMAN yang mujmal (terangkum) & tafsili (terpeinci). ANTARA KANDUNGANNYA IALAH SIFAT 20 yang berkait dgn MAKRIFAT KEPADA ALLAH sebagai ILMU yang paling AWAL yang WAJIB dipelajari dan di ketahui oleh umat Muhammad yakni AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH - Awal-awal agama ialah mengenal Allah; diikuti dengan Rukun2 Iman yang lain.
Kemudian di dalam Mazhab FIQH datang pula 4 imam yang masyhur iaitu:
1. IMAM ABU HANIFAH
2. IMAM MALEK
3. IMAM SYAFIE
4. IMAM HANBALI
Imam Abu Hanifah masih sempat berguru dgn sahabat Rasulullah saw. Imam Malek pula berguru dgn Imam Abu Hanifah. Manakala Imam Syafie pula berguru dengan imam Malek. Dan akhir sekali Imam Ahmad bin Hanbal berguru dengan Imam As-Syafie.
Para ulama mazhab Fiqh ini adalah Ulama Salaf yg sangat dekat dgn Rasulullah dan mereka yang berada di 3 zaman terbaik dan mazhab mereka masyhur di seluruh dunia sehingga kiamat nanti, insyaallah.
Mereka menyusun semula semua ilmu2 dari Nabi saw bagi memudahkan umat di belakang hari melakukan ibadat dengan tenang dan teratur.
Demikianlah para pengikut imam mazhab ini yang mengambil ilmu2 ini dari satu tangan ke satu tangan yang jelas turunnya ilmu2 tersebut.
Mazhab yang ketiga ialah MAZHAB TASAUF iaitu yang di susun oleh Imam Junaid Al-Baghdadi dan diikuti oleh imam Al-Khusyairi yang membicara dan membahas persoalan AKHLAK2 TERPUJI & AKHLAK TERCELA.
Dan selain dari itu ada lagi imam2 yg lain dalam aliran tasauf ini seperti Imam Al-Ghazali, Syeh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani dan lain-lain.
JANGAN diikut jemaah yang BERI'TIQAD SESAT seperti Syiah, Wahabi, Qadariah, Muktazilah dan sebagainya dan belajar KENALI jemaah2 sesat ini kerana AQIDAH mereka ini adalah AQIDAH NAFSU yang diada2kan dan direkacipta oleh MUSUH2 ISLAM.
JANGAN CARI JEMAAH ISLAM DI DALAM TALIAN ONLINE KERANA SYAITAN2 DAN DAJJAL TELAH MEMASANG PERANGKAPNYA.
Akhir sekali umat Melayu wajib bersatu di bawah satu KALIMAT yang bunyi satu, kalimahnya sama, sebutannya sama, kelebihan2nya sama iatulah Kalimat Tauhid kerana Kalimat Tauhid jika benar2 diterima dengan IQRAR & TASYDIQ pasti ia mampu menzahirkan UKHWAH dan KASIH SAYANG diantara sesama MUSLIM.
Tetapi malangnya hari ini walaupun Kalimat itu berada di LIDAH umat, namun ia TIDAK MAMPU MENYATUKAN diantara satu hati dgn hati manusia yang lain.
***
Kenapa ya?
Malahan manusia sama manusia BERCAKARAN
ORANG NI KATA BEGINI, ORANG TU KATA BEGITU
begitu NAIF sekali manusia ini......
Apakah UMAT ISLAM begini?
Apakah UMAT ISLAM begini?
TIDAK.
Sebenarnya terjadinya percakaran kerana KALIMAT TAUHID yang diucapkan hanyalah sekadar berada di BIBIR MULUT sahaja dan melepasi tengkorok untuk masuk menjunam ke dalam lubuk hati.
***
Maka natijahnya perbalahan demi perbalahan yang kita akan LIHAT & SAKSIKAN selagi nyawa kita panjang.
Walaupun Jemaah Islam itu kecil biarlah kita berada di dalamnya daripada kita langsung tidak ada jemaah.
Borang Kaji Selidik Jati Diri Islam
Marilah kita membuka lembaran baru hidup kita dgn berada di dalam Jemaah Islamiah kerana kita pasti akan di didik dan mendapat tarbiah ruhani dam jasmani di dalamnya.
***
Maka natijahnya perbalahan demi perbalahan yang kita akan LIHAT & SAKSIKAN selagi nyawa kita panjang.
Walaupun Jemaah Islam itu kecil biarlah kita berada di dalamnya daripada kita langsung tidak ada jemaah.
Borang Kaji Selidik Jati Diri Islam
Marilah kita membuka lembaran baru hidup kita dgn berada di dalam Jemaah Islamiah kerana kita pasti akan di didik dan mendapat tarbiah ruhani dam jasmani di dalamnya.
Comments
Post a Comment